Nadi Mahir Foto Sls Sesi 2 - Content Power Dengan Telefon
23 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Ogos 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Foto SLS sesi 2 - Content Power Dengan Telefon. Program ini berlangsung di Youtube, di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:00 pagi sehingga pukul 10:00 pagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menunjukkan pemenang bagi Mobile Videography NADI Mahir.
Sepanjang program ini berlangsung, peserta menonton Youtube mengenai Content Power Dengan Telefon. SSO MAHIR menceritakan mengenai Pertandingan yang telah diadakan iaitu Bawaku Kesini, yang mengambil fokus mengenai good storytelling dan tips tangkap gambar dan video. Seterusnya, SSO MAHIR mempamirkan video-video yang telah disediakan oleh peserta yang terpilih dalam top 5 program. Akhir sekali, Intan Juliana, peserta MAHIR Sesi 1 telah memenangi tempat keempat bagi Pertandingan Bawaku Kesini.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran fotografi peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: