DiLea Sej sesi 1 - iv
21 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mac 2025, telah berlangsung DiLea Sej sesi 1 - iv. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:30 petang sehingga pukul 04:30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, guru DiLea menerangkan mengenai jenis-jenis kedaulatan seperti kedaulatan moden, kedaulatan undang-undang, kedaulatan antarabangsa dan kedaulatan tradisional. Seterusnya, guru DiLea menerangkan mengenai kepentingan mewujudkan negara berdaulat seperti keberkesanan pentadbiran, kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial dan kecemerlangan hubungan luar negara.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran subjek Sejarah para pelajar. Seterusnya, dapat menggalakkan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: