dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Chef Cilik Nugget Ayam Homemade

18 September 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 17 September 2024, telah berlangsung kelas Chef Cilik Nugget Ayam Homemade. Kelas ini berlangsung di NADI Batas Lintang bermula pada pukul 09:00 pagi sehingga 12:00 tengahhari. Antara NADI yang terlibat adalah NADI Batas Lintang dan NADI Padang Besar Selatan. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang cara membuat nugget ayam homemade dengan cara yang mudah difahami kepada kanak – kanak.

Staf NADI telah mengadakan kelas Chef Cilik Nugget Ayam Homemade untuk pelajar sekolah. Pelajar yang mengikuti kelas ini telah mendapat ilmu pengetahuan tentang proses menyediakan nugget ayam homemade, dapat memahami bahan-bahan yang di perlukan serta cara membentuk nugget dengan mudah.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dengan pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.