dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Jelajah Literasi : Meneroka Perpustakaan dan Inspirasi Ilmu 2024 Zon 4 Negeri Perlis

1 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 30 November 2024, telah berlangsung program Program JELAJAH LITERASI : MENEROKA PERPUSTAKAAN DAN INSPIRASI ILMU 2024 ZON 4 NEGERI PERLIS. Program ini berlangsung di Perpustakaan Desa Tambun Tulang bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga 03:00 petang. Antara NADI yang terlibat adalah NADI Padang Besar Selatan, NADI Batas Lintang dan NADI Tambun Tulang.

Antara aktiviti yang diadakan adalah Advokasi Klik dengan Bijak, S.A.F.E and S.H.I.E.L.D, serta pemeriksaan kesihatan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan kanak kanak celik IT dan memberi peluang pendedahan kepada kanak-kanak tentang risiko dalam talian. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran tentang paras kesihatan komuniti.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat mempromosikan NADI serta dapat berkongsi pengetahuan dan membina hubungan baik di antara pihak pengurusan NADI dan Perpustakaan Desa Tambun Tulang serta dapat memperkenal NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.