dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Photophone bersama KEMAS Simpang Empat

27 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 24 - 26 Jun 2024, Jabatan Kemajuan Masyarakat Simpang Empat (KEMAS) Parlimen Kangar dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menganjurkan program photophone iaitu pengenalan berkaitan fotografi dan basic fotografi serta memberi tunjuk ajar teknik mengambil gambar produk dengan baik dan membimbing peserta yang terdiri daripada usahawan seramai 12 orang.

Antara Aktiviti yang dijalankan adalah Taklimat Advokasi & Pengenalan kepada NADI, pembelajaran tentang asas fotografi & produk fotografi, sesi praktikal ambil gambar produk menggunakan mini studio, editing gambar menggunakan aplikasi Snapseed, merakam serta menyunting video promosi produk dan tempat di Nipah Klasik menggunakan aplikasi CapCut dan sesi pembentangan gambar yang di ambil.

Dengan adanya program ini, ianya dapat meningkatkan Kemahiran ICT dalam kalangan usahawan dan dapat mengeratkan hubungan antara KEMAS dan NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.