Mari Mengenal Musim & Cuaca di Malaysia
21 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 20 December 2024, telah berlangsung program Mari Mengenal Musim & Cuaca di Malaysia. Program ini berlangsung di Tadika Islam Perlis Al Islahiah bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi. Antara NADI yang terlibat adalah NADI Batas Lintang, NADI Tambun Tulang dan NADI Padang Besar Selatan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai musim dan cuaca di Malaysia.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program Mari Mengenal Musim & Cuaca di Malaysia adalah Staf NADI menjelaskan jenis-jenis musim yang terdapat di dunia, di Malaysia dan pelajar mewarna imej stokin sempena musim sejuk dan perayaan Hari Krismas.
Dengan adanya program seperti ini, ianya memberikan pengetahuan kepada pelajar tadika dan guru tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, pelajar dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai musim dan cuaca di Malaysia. Melalui program ini, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar, iaitu Tadika Islam Perlis Al Islahiah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: