Makeup and Stylist Hijab Class
19 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 18 December 2024, telah berlangsung Makeup and Stylist Hijab Class. Program ini berlangsung di Perpustakaan Desa Bohor Mali bermula pada pukul 02:30 petang – 06:00 petang. Antara NADI yang terlibat adalah NADI Tambun Tulang dan NADI Padang Besar Selatan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran bersolek dengan betul, cara memakai selendang dan bawal dengan gaya terkini.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program Makeup and Stylist Hijab Class adalah guru MUA mengajar langkah-langkah yang betul untul bersolek, dimulai dengan skincare, Foundation, Compact Powder, Eyeshadow, Eyeliner, Eyebrow, Mascara, Lipmate, Loose Powder dan Setting spray. Guru MUA juga telah membantu peserta yang hadir, yang tidak pandai bersolek. Selesai bersolek, guru MUA mengajar cara memakai selendang dan bawal dengan gaya yang terkini.
Dengan adanya program seperti ini, ia memberi pengetahuan kepada peserta cara untuk bersolek dengan langkah-langkah yang betul. Melalui program ini, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar, iaitu Perpustakaan Desa Bohor Mali, guru MUA dan komuniti yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: