dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Literasi Komputer dan Keusahawanan Giatmara Arau Dan Padang Besar Kursus Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara (TPPU)

5 November 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 04-05 November 2024 bertempat di NADI Padang Besar Selatan telah diadakan Program Literasi Komputer dan Keusahawanan Giatmara Kursus Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara (TPPU) bagi pelatih Giatmara Arau dan Padang Besar. Aktiviti bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memantapkan ilmu dan kemahiran peserta dalam bidang pengurusan maklumat dan memupuk nilai usahawan di kalangan peserta.

Antara modul yang diajar oleh staf NADI kepada pelajar Giatmara sepanjang 2 hari diadakan adalah asas keusahawanan seperti “Online Marketing, Facebook Page, Create Presentation Slide, Product Photography, Microsoft Office, Canva, Business Plan.”

Menerusi aktiviti ini, peserta terutama golongan belia dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari bagi mempersiapkan diri sebagai seorang usahawan.. Program ini telah memberikan gambaran yang lebih jelas kepada peserta tentang peranan dan fungsi NADI dari aspek pengukuhan aktiviti e-Dagang, inisiatif memperkasa usahawan bagi memacu ekonomi digital dan membantu usahawan menjalankan perniagaan di platform digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.