dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat Advokasi Dan eUsahawan Giatmara Kangar

7 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Januari 2020 : Pusat Internet telah mendapat jemputan dari Pihak Giatmara Kangar bagi memberi penerangan tentang Kempen Klik Dengan Bijak dan kepentingan eUsahawan di dalam perniagaan. Bertempat di Giatmara Kangar. Tujuan aktiviti ini dijalankan bagi mempromosikan Pusat Internet dan juga mewujudkan hubungan antara masyarakat. Program Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Ia bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet). Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Dengan adanya aktiviti seperti ini, hubungan baik dengan masyarakat dapat dikekalkan dan mudah bagi pertugas Pusat Internet untuk mengadakan aktiviti-aktiviti selanjutnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.