dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat Advokasi dan MyTV Bersama MPKK

22 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2019 : Pusat Internet telah menjalankan aktiviti bersama Bahagian Pentadbiran Daerah Perlis dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bertempat di bilik latihan Pusat Internet Padang Besar Selatan. Tujuan aktiviti ini dijalankan bagi mempromosikan Pusat Internet dan juga mewujudkan hubungan antara masyarakat. Program Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Ia bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet). Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Taklimat DTT Myfreeview / MyTV juga telah diberikan oleh staf Pusat Internet bagi menyebarkan risalah tentang penutupan siaran tv analog dan menggantikan dengan Myfreeview iaitu siaran tv digital di Malaysia. Dengan adanya aktiviti seperti ini, hubungan baik dengan masyarakat dapat dikekalkan dan mudah bagi pertugas Pusat Internet untuk mengadakan aktiviti-aktiviti selanjutnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.