dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Gotong-Royong & Taklimat Klik Dengan Bijak

2 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 1 April 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan telah mengadakan Gotong-Royong & Taklimat Klik Dengan Bijak. Aktiviti ini telah diadakan di dalam Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan. Tujuan aktiviti ini adalah untuk membersihkan dan menceriakan Pusat Internet. Setelah selesai mengadakan gotong royong bersama penduduk setempat, taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dijalankan kepada semua peserta.

Taklimat Klik Dengan Bijak disampaikan untuk menerangkan tentang cara menggunakan internet dengan beretika tanpa menyalahgunakan internet. Kempen ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber iaitu golongan kanak-kanak, belia dan juga para ibu bapa dan penjaga. Disamping itu juga, ianya dapat merapatkan hubungan silaturahim PI dengan komuniti dan dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.