dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Advokasi Booth MCMC Di Festival Konvokasyen UUM

23 November 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 22 November 2017 telah berlangsung Seminar Advokasi Booth MCMC di Festival Konvokasyen UUM. Program berlangsung di booth MCMC Konvokasyen UUM. Program ini diadakan bagi menyampaikan taklimat berkaitan KDB dan undang-undang dalam penggunaan teknologi maklumat pada era kini. Kebaikan dari aktiviti yang dijalankan dari program ini ialah dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan dapat mendedahkan tentang bahaya penggunaan teknologi tanpa kawalan kepada generasi akan datang.selain itu, program ini dapat memberi kesedaran kepada peserta dalam pendedahan maklumat diri kepada sosial.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat membantu usahawan mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.