dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kahoot Kuiz Kemerdekaan

18 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2017, telah berlangsung Kahoot Kuiz Kemerdekaan. Kuiz ini diadakan di dalam bilik latihan PI Padang Besar Selatan. Ia diadakan untuk mendidik peserta supaya celik ICT menggunakan internet untuk mencari maklumat dan menguji pengetahuan am masing-masing, memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan sendiri peralatan ICT serta memupuk semangat kemerdekaan dan menguji pengetahuan peserta tentang negara Malaysia.

Jejak maklumat ICT ini diadakan dalam bentuk pertandingan di mana pemenang dipilih berdasarkan kepantasan dan ketepatan jawapan dan soalan diberi adalah berkenaan KDB dan kemerdekaan Malaysia. Melalui kuiz ini, peserta dapat menambahkan info terkini mengenai negara dan sejarah kemerdekaan Malaysia dan peserta dapat merangsang minda masing-masing sepanjang bermain permainan tersebut. Selain itu ia juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara pihak PI dan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.