dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pertandingan Futsal Antara PI Perlis

19 December 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Disember 2017 telah berlangsung pertandingan futsal antara PI Perlis anjuran PI Kluster Perlis iaitu PI Padang Besar Selatan, PI Tambun Tulang, PI RPA Arau dan PI Kg Surau. Pertandingan diadakan di gelanggang terbuka futsal Arau. Pertandingan ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan. Disamping itu, dapat mencungkil bakat-bakat yang terdapat dalam kalangan peserta dan dapat mengekalkan gaya hidup sihat dengan aktiviti sukan yang dijalankan.

Pertandingan futsal ini merupakan salah satu usaha PI Kluster Perlis dalam merapatkan hubungan silaturrahim dengan penduduk setempat melalui aktiviti-aktiviti sukan dan juga bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan penduduk terutama generasi muda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.